CLICK PICTURE TO CLOSE IT


PENGENALAN
Kempen Beli Barangan Malaysia merupakan susulan daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Penjenamaan semula kempen ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan dan membantu pengusaha tempatan dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Ia juga bagi mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Untuk tujuan Kempen ini, barangan Malaysia diklasifikasikan sebagai "semua barang yang dibuat, dipasang dan dikeluarkan di Malaysia serta perkhidmatan yang ditawarkan di dalam negara ini". Konsep ini digunapakai kerana:

1.Ekonomi sesebuah negara akan dapat terus dijana dan distabilkan walaupun dalam kegawatan jika terdapat aliran wang dan perbelanjaan domestik dalamsesebuah negara;


2.Mewujudkan pertambahan permintaan domestik;

3.Memberi peluang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan; dan


4.Memastikan krisis ekonomi global tidak memberi kesan negatif yang mendalam kepada para peniaga dan pengguna.


OBJEKTIF

1.Mewujudkan dan meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia;


2.Menyedarkan para pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia yang tidak kurang kualiti berbanding barangan luar negara.


RASIONAL

1.Kualiti barangan Malaysia adalah setanding dengan barangan luar negara;

2.Dengan membeli barangan buatan Malaysia, pengguna bertindak bijak kerana:
◦Membeli barangan berkualiti dengan harga murah dan ini secara langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan.
◦Membantu merangsang kegiatan ekonomi domestik.


TAG LINE

1.Versi Bahasa Melayu : "Beli Barangan Malaysia, Pilihan Bijak"


2.Versi Bahasa Inggeris : "Buy Malaysia, Smart Choice"


Dalam usaha pihak Kementerian untuk membantu meningkatkan perdagangan dalam negeri, di bawah ini disediakan pautan ke laman web berikut:



KUASA PENGGUNA
"1 PENGGUNA, 1 SUARA"



"Kuasa Pengguna" ditakrifkan sebagai pengguna mampu mempengaruhi dan menentukan harga serta penawaran barangan dan perkhidmatan dalam pasaran yang kompleks. Melalui kuasa yang ada pada mereka, mereka boleh mencorakkan pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan tersebut. Pengguna juga berkuasa memastikan penipuan, penyelewangan dan penindasan oleh peniaga tidak berlaku sewenang-wenangnya melalui peningkatan pengetahuan, memperkuatkan jati diri, mengetahui dan mengamalkan hak mereka sebagai pengguna.
Kuasa Pengguna dapat diperlihatkan melalui :

• Pengguna menentukan pasaran
• Pengguna bersatu menuntut hak
• Sebulat suara dalam tindakan


‘1 Pengguna' bermaksud pengguna perlu bertindak secara bersepadu dalam satu masyarakat pengguna yang kuat dan membentuk ‘ satu pengguna' yang bergerak seiring secara efektif dan mewakili satu golongan yang kuat dan disegani. Pengguna juga mempunyai hak yang sama tanpa mengira latar belakang mereka dan hak ini perlu dihormati.


‘1 Suara' membawa maksud setiap pengguna perlu bertindak secara bersepadu untuk menegakkan amalan dan nilai kepenggunaan yang bersifat sejagat. Ini bermakna pengguna perlu bertindak sebagai satu entiti yang bermatlamat untuk mencapai suatu kehendak dan hak yang sama melalui penglibatan secara berkumpulan sama ada dalam organisasi-organisasi dan persatuan-persatuan.

Tanggungjawab Pengguna:

Kesedaran Mengkritik

Pengguna mestilah disedarkan supaya mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan.

Penglibatan dan Tindakan

Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan sosial yang menjamin kepentingan pengguna.

Tanggungjawab Sosial

Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab sosial. Amalkan sikap mengambil berat tentang persekitaran dan membuat apa yang perlu jika ada yang tidak kena, walaupun diri anda tidak terlibat secara langsung.

Tanggungjawab Alam Semulajadi

Pengguna perlu mempunyai kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni.

Bersatu Padu

Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatu padu.



  • Asingkan bahan-bahan buangan sebelum membuangnya. Beri sokongan terhadap Kempen Kitar Semula.

  • Elakkan dari penggunaan racun perosak haiwan dan serangga yang mengandungi bahan kimia merbahaya.

  • Buat baja kompos sendiri.

  • Banyakkan penanaman pokok-pokok dan kurangkan penebangan pokok-pokok.

  • Banyakkan makan makanan segar dan kurangkan memakan makanan yang diproses.

  • Kurangkan meminum minuman dalam bungkusan.

  • Kurangkan makanan daging yang diproses seperti burger. Kurangkan makanan daging. Lebihkan sayur-sayuran.

  • Jangan menggunakan aerosol yang mengandungi klorofluorokarbon (CFCs).

  • Kurangkan penggunaan plastik dan kertas.

  • Bawa beg atau kereta sorong sendiri apabila membeli-belah. Minta pekedai memasukkan barangan yang anda beli di dalam beg anda, bukan dengan menggunakan beg plastik yang dibekalkan. Terangkan megapa anda berbuat demikian.

  • Beli barang-barang yang tidak mencemarkan alam sekitar.

  • Jangan beli barangan yang membahayakan kehidupan liar dan tumbuh-tumbuhan di bumi.

  • Bantulah menyelamatkan hutan rimba anda.

  • Cubalah penggunaan semula kertas di dalam pejabat. Atau guna kedua-dua mukasurat bagi kertas tersebut.

  • Buat fotokopi di kertas-kertas yang tidak digunakan.

  • Gunakan semula sampul surat terpakai untuk urusan dalam pejabat sendiri.

  • Anjurkan kempen kebersihan di kawasan anda.

  • Didik anak anda mengenai alam sekitar. Semai rasa kecintaan dan kesedaran terhadap alam sekitar kepada generasi muda.

  • Berjalan kaki atau berbasikal sekiranya boleh.

  • Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.

  • Kurangkan penggunaan penghawa dingin di rumah. Lebihkan tingkap di rumah atau pejabat. Biar cahaya matahari masuk.

  • Padamkan lampu dan kipas sekiranya anda tidak menggunakannya.

  • Jangan biarkan paip terbuka. Paip terbuka akan membazir 9 liter air seminit.

  • Jangan bakar sampah sarap. Ini adalah salah di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978.

  • Buang dengan sempurna bahan-bahan merbahaya. Hubungi Majlis-majlis Tempatan bagi mendapatkan pandangan.

  • Jangan tumpahkan minyak, racun serangga, cat dan bahan-bahan toksik/beracun di dalam longkang atau sungai. Buangkan dengan sempurna.

  • Jangan biarkan peti sejuk yang tidak digunakan di halaman rumah. Hubungi majlis atau peniaga bahan buangan untuk mengambilnya.

  • Jangan gunakan kain lampin pakai buang (disposable napkins).

  • Beli sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam secara organik.

  • Gunakan peralatan elektrik yang dapat menjimatkan tenaga.

  • Tubuhkan Jawatankuasa Alam Sekitar di kawasan anda.

  • Sokong dan labur dalam aktiviti-aktiviti seperti program penggunaan semula dan berkebun. Penglibatan anda bermakna anda membantu sesuatu yang bermakna kepada komuniti, bumi, anak-anak dan masa depan.

  • Anjurkan jualan lambak dan sokong kewujudkan kedai barangan terpakai.

  • Beli barang dalam kuantiti yang besar.


Umat manusia bukan sahaja perlu memelihara alam sekitar atau persekitaran fizikal supaya dalam keadaan stabil dan hormati, tidak kurang penting juga bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia ialah memelihara keadaan yang harmoni, stabil dan saksama dalam persekitaran politik, ekonomi dan sosial. Kesemua ini memerlukan muafakat dan tindakan masyarakat tempatan dan antarabangsa yang berlandaskan kepada persefahaman akan saling bergantung di antara semua ahli masyarakat, serta perlunya berpegang kepada prinsip "menang-menang" dalam usaha pembangunan dalam segala aspek secara seimbang.

(Sumber Dari : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna )

  • Program dan aktiviti pendidikan dan kesedaran pengguna dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

  • Mendapat kerjasama daripada Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPN), Gerakan Pengguna Negeri (GPN), Gerakan Pengguna Daerah (GPD) dan Rakan Pengguna (RP).
    Program yang dianjurkan:
    a. Seminar
    b. Forum
    c. Konvensyen
    d. Ceramah
    e. Menerbitkan buletin, risalah, VCD, jurnal dan komik pengguna.

  • Pertandingan Kuiz Pengguna Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan
    Pertandingan ini merupakan salah satu acara kempen tahunan KPDNKK yang bertujuan untuk menyemai nilai-nilai kepenggunaan yang baik dalam kalangan ganerasi muda yang seterusnya akan melahirkan warganegara yang bermaklumat, rasional dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

  • Objektif Pertandingan Kuiz Pengguna Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan

    -Memberi dorongan dan galakan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mendalami ilmu kepenggunaan;
    -Meningkatkan minat pelajar-pelajar untuk menyertai Kelab Pengguna Sekolah agar menjadi pengguna yang bestari dan rasional; dan
    -Memberi galakan serta kesedaran kepada orang ramai tentang isu-isu dan maklumat kepenggunaan.

  • Program "Kerjasama Pintar" Bersama NGO
    Tujuan utama program ini ialah untuk mewujudkan dan mempertingkatkan kerjasama dan "networking" di antara Kementerian dan Agensi-agensi Kerajaan, NGO-NGO kepenggunaan dan bukan kepenggunaan bagi menganjurkan program-program pendidikan dan kesedaran kepenggunaan. Kaedah perlaksanaanya adalah melalui seminar, bengkel, forum, majlis dialog dan pameran melibatkan golongan pelajar, guru, pegawai kerajaan, wartawan, HAWA, pemimpin-pemimpin masyarakat dan belia. Kerjasama ini bertujuan untuk memastikan bahawa program-program pendidikan dan kesedaran kepenggunaan dilaksanakan secara sistematik dan tersusun melibatkan kumpulan sasaran yang lebih meluas.

  • Sambutan Hari Pengguna Malaysia (HPM)
    Mulai tahun 2001 Kementerian telah menganjurkan Hari dan Minggu Pengguna Malaysia (HMPM) dan sambutan ini telah diteruskan dengan menggariskan objektif-objektif seperti berikut :-

    -Membolehkan Kementerian mengambil bahagian yang aktif dan memaparkan tanggungjawab Kerajaan terhadap perlindungan pengguna.
    -Memupuk kesedaran kepenggunaan yang positif dikalangan semua anggota masayarkat di negara ini.
    -Mewujudkan persefahaman dan kerjasama erat antara pengguna, peniaga, Kerajaan dan media massa dalam aspek konsumerisma yang boleh membantu Negara mencapai Wawasan 2020.
    Program dan Aktiviti :

    -Seminar/Forum Kepenggunaan
    -Ekspo dan pameran kepenggunaan
    -Karnival pengguna
    -Pidato kepenggunaan IPT
    -Malam Anugerah Media Pengguna


    Buletin Pengguna

    -Diterbitkan pada setiap bulan dengan kerjasama FOMCA
    -Bertujuan menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada segenap lapisan masyarakat di negara ini
    -Memuatkan artikel kepenggunaan berkaitan isu-isu utama pengguna, berita-berita Kementerian, panduan untuk pengguna, tips kpeda pengguna dan sebagainya.
    Komik Pengguna
    -Penerbitannya adalah bertujuan untuk mempelbagaikan kaedah penyebaran maklumat kepenggunaan kepada golongan masyarakat.
    Risalah dan VCD Kepenggunaan
    -Diterbit untuk digunakan semasa sesi program dan aktiviti pendidikan dan kesedaran pengguna dan pameran-pameran Bahagian.



    Rancangan TV 1 Konsumer @ Bernama TV

    -Rancangan menggunakan format bual bicara ini diterbitkan oleh pihak KPDNKK dengan kerjasama pihak Bernama TV (Saluran ASTRO 502). Rancangan ini disiarkan selama 1 jam iaitu pada hari Ahad bermula pada jam 9.00 malam sehingga 10.00 malam. Rancangan ini merupakan wadah untuk Kementerian mewar-warkan usaha-usaha dalam memperkasakan dan melindungi pengguna di samping menjadi forum untuk pengguna menyalurkan pendapat serta berkongsi maklumat.


    Kajian Profil Pengguna


-Dilaksana bagi mendapatkan gambaran berkaitan ciri-ciri (profil) pengguna, tabiat dan corak perbelanjaan dan kecenderungan para pengguna di Negara ini. Hasil kajian akan digunakan untuk membantu penggubalan dasar, strategi dan program dalam merangka Plan Induk Pengguna


Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam kewangan keluarga ialah dengan berjimat cermat. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan. Berikut adalah beberapa tip untuk berjimat cermat dalam urusan kewangan keluarga untuk dijadikan panduan kita bersama:

Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga

Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga.

Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan

Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.

Tip 3: Masak sendiri

Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.

Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah

Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.

Tip 5: Elakkan memandu kenderaan sendiri

Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat.

Tip 6: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas

Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci.

Tip 7: Tanam sendiri sayur-sayuran

Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga.

Tip 8: Elakkan membawa anak-anak ketika membeli belah

Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja.

Tip 9: Beli secara pukal

Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.

Tip 10: Lakukan perbandingan harga dahulu

Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat.

Tip 11: Kurangkan pembelian barangan berjenama

Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya.

Diharapkan agar panduan di atas dapat memberikan sedikit sebanyak informasi berguna kepada kita sebagai pengguna dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu kini seterusnya menjadikan kita sebagai pengguna yang bijak.


Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut.


Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu pelajar dalam merancang kewangan mereka:


Rancang Perbelanjaan
- Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Jadikan tabiat menabung/menyimpan sebagai satu amalan kehidupan harian. Setiap kali, menerima wang saku, rekodkan jumlah yang diterima. Rekod segala perbelanjaan yang ingin dibuat supaya dapat melihat anggaran simpanan yang boleh dibuat. Elakkan dari berbelanja melebihi peruntukan kewangan yang diperolehi. Ini adalah untuk menggelakkan defesit atau pun anda berhutang.

Berbelanja Dengan Bijak
- Berbelanjalah wang anda dengan bijak. Beli hanya barang yang diperlukan sahaja.

- jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan. Sebagai pelajar, elakkan daripada meminjam wang daripada rakan-rakan atau pun meminjamkan wang anda kepada rakan-rakan anda.

- Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang.

- Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibu-bapa.


Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan
- Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini adalah kerana wang perlu sentiasa berada di tangan untuk kegunaan pada bila-bila masa yang perlu.


Menyimpan Wang Di Tempat Yang Selamat
- Baki wang yang berada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan ibu-bapa atau guru-guru untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan di bank.


Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan
- Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan. Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada simpanan tersebut.




Info dari: Harian Metro (Isnin, 17 Ogos 2009, Sumber: Bank Negara Malaysia)


1.Berjalan, mengayuh basikal, menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta untuk ke destinasi yang ingin dituju.


2.Gunakan peralatan jimat elektrik dan berstatus "Energy Save".


3.Guna alat pendingin hawa pada suhu yang selesa dan sesuai.


4.Tutup suis lampu dan peralatan elektrik lain jika tidak digunakan.


5.Tutup semua suis dan cabut plug bagi barangan elektrik yang tidak digunakan, ini kerana walaupun peralatan tersebut telah ditutup (off), masih terdapat sedikit tenaga elektrik yang masih mengalir atau sedang digunakan.


6.Tanam pokok untuk memberikan teduhan daripada matahari. Ini boleh menjimatkan penggunaan alat hawa dingin atau kipas.


7.Amalkan sikap mengurangkan, menggunakan semula dan kitar semula barangan (Reduce, reuse, recycle).


8.Bergerak ke tempat kerja lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Ini boleh menjimatkan penggunaan petrol.




1.Simpan semua maklumat pembelian di dalam fail.


2.Dapatkan bukti yang berkaitan.


3.Bertenang dan atur stategi yang berkesan.


4.Gunakan fakta dan statistik untuk membuktikan kesahihan aduan.


5.Tulis surat aduan yang ringkas dan padat.


6.Ikuti dan catat perkembangan aduan yang dilaporkan.


7.Gunakan media massa untuk membuat laporan aduan jika perlu.

Berikut disenaraikan beberapa jenis penipuan yang sering ditemui samada melalui iklan di suratkhabar tempatan mahupun internet:

Contoh 1 : Mengisi sampul surat


Merupakan satu kaedah yang paling klasik sekali dimana ia bermula semasa kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat sekitar tahun 1920-an dan 1930-an. Anda dijanjikan akan dibayar antara RM1-2 untuk setiap sampul surat yang anda isikan. Anda hanya perlu membayar sedikit yuran dan anda DIJAMIN akan menerima sehingga 1,000 sampul surat seminggu yang telah siap diisi dan lengkap ditampal dengan setem! Apa yang tidak dinyatakan ialah anda perlu mendapatkan alamat bakal pelanggan.
Setelah pembayaran dibuat, anda akan menerima satu manual ringkas dan contoh flyer yang perlu anda edar atau iklankan dalam usaha anda mendapatkan alamat pelanggan. Setelah mendapat langganan dan bayaran, anda hanya perlu fotokopi manual ringkas tersebut dan berikan kepada pelanggan anda. Kaedah yang sungguh bijak tetapi tidak beretika.


Contoh 2 : Surat/e-mail berantai (perolehi wang segera)


Jika anda sering mencari peluang pendapatan dari rumah melalui internet dan suratkhabar, anda pastinya pernah menerima dan melihat surat/e-mail berantai ini. Mereka menjanjikan bahawa anda hanya perlu menghantar surat/e-mail bersama sejumlah wang kepada nama mereka yang tersenarai, kemudian mengeluarkan nama diaras bawah sekali dan digantikan dengan nama anda, dengan harapan suatu hari anda akan menjadi jutawan.
Ia juga ada dikatakan didalam versi kutu atau konsep saling membantu melalui kaedah sedekah dimana anda bersetuju untuk memberikan wang tersebut tanpa sebarang paksaan. Pada dasarnya ia adalah satu bentuk skim piramid. Biasanya senarai ini akan dimanipulasikan dimana hanya satu nama sahaja yang sentiasa berada diatas(pengasas program) dan akan menerima wang sangat banyak.


Contoh 3 : Sila dail nombor 600 untuk maklumat lanjut


Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa dan wang dengan mendail nombor-nombor sebegini. Anda seharusnya tahu bahawa kos panggilan ke nombor 600 sangat mahal iaitu RM1.95 seminit (7.00 pagi-7.00 mlm) dan RM0.98 (7.00 mlm-7.00 pagi). Bayangkan jika anda menghabiskan 5 minit diwaktu siang, anda telah membazirkan hampir RM10.00 dan disitulah mereka memperolehi keuntungan. Simpan wang anda dan jangan mendail mana-mana nombor 600 hanya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai apa yang dikatakan peluang bekerja dari rumah.


Contoh 4 : Senarai nama syarikat


Jangan terpedaya dengan membeli senarai syarikat yang memerlukan khidmat pekerja dari rumah melalui kaedah ini. Anda membayar untuk mendapatkan senarai syarikat yang mencari pekerja dari rumah sama seperti anda sama ada dalam bentuk digital atau bercetak. Antara syarikat yang biasa tersenarai ialah syarikat yang menawarkan pekerjaan pemasangan barangan, pengurusan katalog, syarikat MLM, dan lain-lain. Apa yang menjadi masalahnya ialah, senarai ini tidak semestinya betul-betul benar kerana syarikat tersebut mungkin tidak mencari pekerja dari rumah ataupun tidak pernah bersetuju untuk disenaraikan, atau tidak dapat dipastikan adakah perniagaan tersebut dijalankan secara sah atau masih terbuka peluang untuk anda memohon. Biasanya adalah sukar untuk anda mendapatkan kembali wang anda.


Contoh 5 : Memasang barangan di rumah


Biasanya peluang serupa ini akan memberitahu bahawa ada akan memasang barangan seperti anak patung, komponen elektronik, permainan kanak-kanak, produk kegunaan hotel dan pelbagai lagi projek kraftangan yang boleh dilakukan dirumah dan dijanjikan upah yang lumayan. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membayar deposit atau yuran pendahuluan (yang dijanjikan akan dikembalikan semula) dan anda akan menerima segala peralatan, barangan dan arahan yang perlu dilaksanakan.
Anda akan bernasib baik jika menerima produk yang dijanjikan selepas membuat pembayaran tetapi ramai pengguna yang telah tertipu dengan kaedah ini. Terdapat juga penipuan yang dilakukan dengan cara, apabila anda telah menerima produk dan menyiapkan mengikut arahan, anda akan dimaklumkan bahawa produk anda tidak menepati spesifikasi kehendak syarikat pengeluar. Syarikat ini sebenarnya membuat keuntungan melalui penjualan pek permulaan dan bukannya produk yang dipasang. Ini merupakan antara contoh penipuan yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh sesetengah syarikat.


Contoh 6 : Menaip dari rumah (kerani kemasukan data, kerani, kerani pemprosesan e-mail dan lain-lain lagi)


Peluang seperti ini juga sering diiklankan untuk memerangkap anda dengan pelbagai nama jawatan. Biasanya selepas menjelaskan sejumlah wang kepada agensi penipuan ini hanya untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda biasanya akan menerima bahan-bahan melalui disket, muat turun atau maklumat bercetak yang akan memberikan anda pelbagai maklumat berkaitan dimana dan bagaimana anda boleh mengiklankan tentang peluang menaip dari rumah serta risalah jualan (dalam flyer, surat, e-mail, laman web,dan lain-lain lagi) akan diberikan kepada sesiapa yang berminat. Apabila mereka membuat pesanan untuk mendapatkan maklumat lanjut (sama seperti yang anda telah lakukan sebelum ini), anda hanya perlu mencetak/menyalin semua bahan yang anda telah terima kepada pelanggan anda. Sebenarnya ia akan cuba menjadikan anda seorang PENIPU!! Kerana hakikatnya tiada sebarang produk yang dijual, hanya maklumat tentang kaedah dan bahan mengiklankannya.


Contoh 7 : Perolehi wang dengan melayari Internet


Anda dikehendaki untuk daftar masuk ke laman internet tersebut sebanyak beberapa kali atau memuat turun sesuatu perisian pelayar internet ke komputer anda, dan membaca iklan atau melihat papan iklan yang tertera. Syarikat laman tersebut akan mengenakan bayaran kepada syarikat-syarikat yang membuat iklan dan ganjaran akan diberikan kepada ahli yang memenuhi kuota. Apa yang anda tidak ketahui ialah, anda akan mengambil masa yang lama untuk mencapai kuota yang telah ditetapkan sebelum anda layak menerima skim bayarannya, itupun sekiranya anda berjaya mencapainya. Tiba masa anda menerima bayaran, jumlah tersebut akan ditolak pula dengan kos pengurusan (boleh mencecah 20 peratus). Situasi yang lebih teruk yang boleh berlaku ialah penutupan laman web tersebut sebelum mana-mana peserta sempat menerima bayarannya.
Skim seperti ini semakin bercambah dan dalam pelbagai variasi seperti PAID EMAIL, PAID TO SURF, PAID TO DOWNLOAD dan sebagainya . Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin mencuba skim-skim seperti ini, anda perlu memerhatikan perkara-perkara ini terlebih dahulu:

•Berapa bayaran yang akan anda terima untuk aktivit yang perlu anda lakukan (membaca setiap e-mel, melawat website dan sebagainya)
•Apa yang perlu anda buat selain daripada membaca e-mel, (contoh: sesetengah skim mengkehendaki anda memasuki laman web yang disertakan di dalam e-mel). Boleh atau tidak rakyat Malaysia menyertainya? Sesetengah skim hanya untuk warganegara Amerika Syarikat sahaja.
•Berapakah jumlah paling minimum yang dibayar?Buat pengiraan berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan bayaran minimum tersebut? Ingat bahawa anda perlu membayar akses internet dan bil telefon untuk membaca e-mel tersebut.
•Bagaimanakah pembayaran akan dibuat?. Sekiranya pembayaran dibuat dengan menggunakan cek (US Dolar), sebahagian kecil akan diambil oleh pihak bank sebagai caj perkhidmatan. Jika pembayaran dimasukkan ke akaun online seperti Paypal, Clickbank, Stormpay,e-gold dan lain-lain, sila pastikan samada ia mengiktiraf urusniaga dengan warganegara Malaysia dan diiktiraf urusniaganya oleh pihak berkuasa di negara ini..

Contoh 8 : Melobi wang


Skim ini telah wujud semenjak beberapa tahun yang lalu. Daripada permulaannya dahulu menggunakan surat dan faks, kini ia semakin canggih, dengan menggunakan e-mel sebagai medium utama. Skim tersebut memberitahu anda yang pengirimnya (kebiasaannya daripada negara di Benua Afrika) mempunyai sejumlah wang yang banyak, memerlukan pertolongan anda untuk memindahkan wang ini ke dalam akaun bank anda, dan sekiranya berjaya, anda akan mendapat peratusan daripada jumlah wang tersebut. Ramai ahli peniagaan yang bijak, dan para remaja telah terpedaya oleh skim seperti ini kerana sifat tamak. Sebahagian lagi telah kehilangan sejumlah wang yang besar daripada akaun bank mereka, ataupun kehilangan barangan peribadi yang digunakan dalam jenayah yang lain. Berita cara penipuan seperti ini pernah disiarkan di suratkhabar METRO dan KOSMO.


Contoh 9 : Internet MLM


Jika anda pernah terdengar syarikat MLM dan anda pasti tahu bahawa ia merupakan salah satu jemis perniagaan yang popular di Malaysia. Salah satu masalah yang sering menimpa sistem MLM ialah kewujudan Sistem Piramid iaitu proses kenaikan pangkat melalui penajaan ahli menjadi lebih penting daripada proses menjual produk atau perkhidmatan.
Syarikat-syarikat ini menjanjikan pulangan yang hebat melalui skim piramid dan dan ramai rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kepada Skim Cepat Kaya walaupun telah banyak amaran yang diberikan oleh kerajaan. Sebaik-baiknya periksa latar belakang syarikat tersebut sebelum anda membuat keputusan untuk menyertainya sebagai ahli. Pastikan syarikat MLM yang ingin disertai berdaftar dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta mereka mempunyai lesen jualan langsung yang sah.
Jika syarikat tersebut tidak berdaftar di Malaysia, anda tidak boleh membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa tempatan. Anda juga tidak boleh membuat aduan kepada orang yang memperkenalkan skim tersebut kepada anda kerana dia juga hanya merupakan seorang ahli sahaja.


Contoh 10 : Sistem affiliate


Sistem affiliate ialah dimana seseorang individu akan dibayar sejumlah komisen apabila berjaya membuat jualan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penganjur sistem. Biasanya penganjur boleh jadi orang perseorangan mahupun syarikat namun ia bukanlah syarikat yang mempunyai lesen Jualan Langsung. Maka ia tidak dikategorikan sebagai jualan langsung.
Sejak akhir-akhir ini semakin ramai rakyat Malaysia yang mula membuat sistem affiliate sendiri. Namun kebanyakkannya lebih menjurus kepada bentuk sistem piramid yang lebih mengutamakan kemasukan ahli baru berbanding kualiti produk.


Kesemua ini hanyalah maklumat bagi tujuan pendidikan pengguna sahaja. Ianya tidak melambangkan keseluruhan sistem perniagaan di Malaysia. Tips yang diberikan ini hanyalah untuk peringatan dan berkongsi maklumat sesama pengguna.









Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:

•Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.

•Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:

•Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.
•Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.

•Mendapat asma.

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

•Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.

•Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.


•Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.


•Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.

•Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.

•Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.

•Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.

•Meningkatkan deria bau dan rasa.

•Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.

•Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.

•Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).

•Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.

•Meningkatkan kesuburan.

•Meningkatkan tahap 'kelakian'.

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

•Tetapkan tarikh untuk berhenti.
•Yakin dir.i
•Buatkan nota peringatan.
•Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".
•Sentiasa berfikiran positif.
•Dapatkan sokongan.
•Gunakan terapi penganti nikotin.
•Amalkan 12M untuk berhenti merokok.

Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahkan
•Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.

2. Menarik nafas panjang
•Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.

3. Minum air
•Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.

4. Menyibukkan diri
•Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

5. Menjauhkan diri
•Jauhkan diri daripada orang yang merokok.

6. Mengelakkan diri
•Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.

7. Mengunyah sesuatu
•Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.

8. Membasuh tangan selalu

9. Mandi dengan kerap

10. Meregangkan otot
•Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

11. Meditasi

12. Memohon doa
•Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhento merokok.


Adakah saya kuat merokok? Adakah saya mengalami ketagihan rokok?

Anda boleh menentukan kebergantungan anda kepada tembakau dengan menjawab soalan-soalan di bawah.

Status kebergantungan.
Ujian Modifikasi Fagerstrom untuk kebergantungan nikotin

1. Berapa lama anda menghisap rokok yang pertama selepas anda bangun dari tidur?
•Dalam masa 5 minit (3 mata)
•5 hingga 30 minit (2 mata)
•31 hingga 60 minit (1 mata)
•Selepas 60 minit (0 mata))

2. Adakah anda merasa sukar untuk tidak merokok di tempat larangan merokok seperti di gereja, sekolah, panggung wayang, perputakaan, dalam bas, di mahkamah atau di hospital?
•Ya ( 1 mata)
•Tidak ( 0 mata)

3. Waktu merokok manakah yang paling anda benci untuk berhenti, waktu merokok manakah yang anda hargai?
•Yang pertama di pagi hari ( 1 mata )
•Sebarang masa ( 0 mata )

4. Berapa batang rokok anda hisap setiap hari?
•10 atau kurang ( 0 mata )
•11 hingga 20 ( 1 mata )
•21 hingga 30 ( 2 mata
•31 atau lebih ( 3 mata)

5. Adakah anda merokok lebih banyak dalam beberapa jam pertama selepas bangun tidur berbanding dengan waktu lain pada hari tersebut?
•Ya ( 1 mata )
•Tidak ( 0 mata

6. 6. Adakah anda masih merokok walaupun sakit dan berada di atas katil sepanjang hari, atau semasa mendapat selsema dan sukar untuk bernafas?
•Ya ( 1 mata )
•Tidak ( 0 mata )

Pemarkahan:
•7 hingga 10 mata = sangat bergantung
•4 hingga 6 mata = sederhana
•Kurang dari 4 mata= minima

Modified Fagerstrom test for evaluating intensity of physical dependence on nicotine. Adapted permission from Heatherton TF, Kozlowski LT, Frecker RC, Fagerstrom KO. The Fagerstrom test for nicotine dependence: a revision of the Fagerstrom Tolerance Questionnaire. Br J Addict 1991;86:1119-27.


Info dari : http:///www.myhealth.gov.my


Garis panduan dibawah ini boleh melindungi anda dari kecederaan akibat daripada senaman dan membolehkan anda bersenam secara menyeronokkan.

1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.

2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu apabila anda semakin lebih cergas.

•Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15 minit.
•Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit .
3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan selepas senaman.

4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan rengangan bagi mengelakkan pening dan sakit.

5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.

6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:

•Ketidakselesaan
•Sakit
•Pening
7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta memakai kasut yang sesuai.

8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:

•Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
•Petang ( selepas pukul 6 petang )
9. Persekitaran tempat senaman:

•Permukaan yang rata.
•Suhu dan kelembapan udara terkawal.
•Kawasan redup dan teduh.
•Tempat yang cukup terang.
10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.

11. Amalkan senaman pernafasan diantara senaman.

12. Jika anda pengidap penyakit diabetes:

•Bawa gula-gula atau manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglasemia (paras glukos rendah).
•Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
•Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.
13. Jika anda mengidap tekanan darah tinggi:

•Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
14. Jika anda gemuk:

•Jangan lakukan senaman yang terlalu aggresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot.


Info dari : http://www.myhealth.gov.my


Mengapa tidak menonton televisyen?

Menonton TV telah menghabiskan masa yang sepatutnya diluang bersama-sama keluarga. Tabiat ini juga merupakan sebab utama berlakunya obesiti dalam kalangan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Menonton televisyen yang berlebih-lebihan untuk tujuan rekreasi telah menyebabkan wujudnya gaya hidup suka berseorangan dan tidak banyak melibatkan aktiviti fizikal. Justeru ia tidak baik dari segi mental mahupun fizikal.



MINGGU TIDAK MENONTON TELEVISYEN membantu dalam menaikkan kesedaran bahawa masa menonton televisyen perlu dihadkan kepada kurang daripada dua jam sehari. Di kebanyakan negara, kanak-kanak dan golongan muda menghabiskan mada antara 4 hingga 6 jam sehari menonton televisyen, bermain permainan video, atau menggunakan komputer untuk tujuan rekreasi.

Menutup televisyen memberi peluang kepada anda untuk berfikir, membaca, mencipta dan membuat sesuatu yang baru.

Siapakah yang perlu mengambil bahagian?

Kempen ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja. Terdapat berjuta-juta orang di seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam minggu tidak menonton televisyen. Kanak-kanak dan golongan dewasa, kaya dan miskin – tanpa mengira latar belakang dan lapisan hidup – mengambil bahagian melalui sekolah, institusi agama, kumpulan komuniti, keluarga dan individu-individu.

Minggu Tidak Menonton Televisyen Boleh Berjaya!

Berdasarkan bancian yang dilakukan oleh Sekretariat Minggu Tidak Menonton Televisyen sebagai susulan kepada kempen yang dijalankan, didapati 90% daripada peserta tersebut berjaya mengurangkan menonton televisyen setelah menyertai kempen ini.


Penyelidik di Britain telah membuat kajian ke atas kanak-kanak dan mendapati bahawa mereka yang menonton televisyen melebihi dua jam sehari berisiko dua kali ganda
untuk menghidap penyakit asma. Lebih daripada 300 juta orang di seluruh dunia adalah penghidap penyakit asma dan ianya merupakan penyakit kronik yang paling biasa di kalangan kanak-kanak. Antara simptom penghidap asma adalah seperti sesak nafas, batuk dan sakit dada.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Thorax, penyakit asma boleh mengakibatkan 1 kematian bagi setiap 250 orang di seluruh dunia setiap tahun, akibat dari mereka yang mengalami obesiti dan kurang bersenam. Andrea Sherrif dan rakan penyelidiknya di University of Glasgow melaporkan bahawa ”terdapat teori terkini yang mengaitkan corak pernafasan dengan kekurangan senaman (sedentary) yang berkemungkinan boleh menyebabkan perubahan dalam paru-paru dan nafas berbunyi (wheezing) yang berlaku pada kanak-kanak”. Sheriff dan rakan-rakannya telah mengadakan ujian ke atas lebih 3,000 orang kanak-kanak,dari mereka lahir sehingga berusia 12 tahun.

Dalam penyelidikan tersebut, kajian soal selidik ke atas ibu bapa turut dilakukan bagi mengenalpasti corak pernafasan anak-anak mereka dan menyelidiki samada ibubapa membawa anak-anak berjumpa doktor bagi mendiagnosis asma. Penyelidik juga menganalisa kekerapan kanak-kanak tersebut menonton TV. Mereka tidak memasukkan permainan video atau komputer peribadi, kerana ia tidak popular dan jarang terdapat pada zaman pertengahan tahun 1990-an semasa kanak-kanak tersebut membesar.

“Penemuan ini membuktikan maklumat yang mengaitkan senaman yang kurang dan berat badan yang berlebihan menunjukkan peningkatan risiko menghidap penyakit asma”, kata Elaine Vickers dari Asthma UK. Kajian ini juga merupakan kajian pertama yang menghubungkan secara langsung kekurangan senaman di kalangan kanak-kanak pada umur yang masih muda kepada risiko asma yang lebih tinggi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di sesetengah negara, hampir 30% kanak-kanak menghidap penyakit kronik ini.

Sumber: Reuters news, 3 Mac 2009

Memandangkan terdapat pelbagai fakta dan kenyataan yang mengelirukan mengenai pengguna dan hak mereka, maka adalah penting bagi kita sebagai pengguna untuk bersikap teliti ketika membeli barangan. Pengguna lestari adalah pengguna yang peka terhadap kepercayaan dan amalan diri yang mempengaruhi perbelanjaan dan penggunaan mereka. Adakah anda membeli berdasarkan keperluan atau:

• untuk dilihat sebagai seseorang yang mengikut fesyen dan gaya terkini?

• untuk bersaing dengan jiran?

• untuk menunjukkan bahawa anda juga mampu memiliki?

• untuk mengikut ciri-ciri imej yang dipaparkan pada iklan?

• untuk terus menggunakan produk tersebut kerana sudah lama menggunakannya?

• untuk menggunakan barang berjenama mahal kerana percaya kualitinya lebih baik?

Pengguna lestari adalah pengguna yang mampu mengubah segala tabiat, amalan dan kepercayaan yang membawa kepada pembaziran. Langkah pertama untuk mewujudkan pengguna
lestari adalah dengan memahami konsep-konsep berikut :
• Pengguna lestari adalah pengguna yang peka terhadap jumlah gaji dan jumlah perbelanjaan.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang peka terhadap keperluan dan kehendak.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang prihatin kepada keperluan masa kini dan masa depannya.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang berbelanja mengikut keperluan.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang menghormati semua benda hidup dan proses alam semula jadi.

• Pengguna lestari adalah pengguna yang tidak
meletakkan status diri mengikut harta atau barangan
yang dimiliki.


Sebagai pengguna lestari, langkah-langkah yang bolehdipraktikkan oleh golongan wanita adalah :

1. Membuat perbandingan dan perbezaan harga di antara
peniaga.

2. Menggunakan barangan tempatan.

3. Menyediakan senarai barangan yang perlu dibeli
sebelum membeli-belah dan mematuhi senarai tersebut.

4. Membeli-belah secara bersendirian (tanpa kanakkanak).

5. Menjadikan buah-buahan dan sayuran sebagai sajian
utama, menggantikan makanan yang diproses.

6. Membeli barangan secara pukal bagi barangan yang
seringkali digunakan dan tahan lama.

7. Menggunakan bakul menggantikan troli sewaktu
membeli-belah.

8. Membeli secara tunai dan bukannya menggunakan kad
kredit.

9. Berhati – hati dengan perbelanjaan yang tidak
dirancang.

10.Menanam sayuran sendiri.

11.Lebih kerap memasak sendiri di rumah menggantikan
amalan makan di luar.

12.Menyediakan bajet dan berbelanja mengikut bajet
yang ditetapkan.

13.Mengurangkan penggunaan air dan elektrik di rumah.

" KE ARAH PENGGUNAAN BERHEMAT - 8 MAC - HARI WANITA SEDUNIA "





Wanita memainkan peranan utama dalam sektor ekonomi. Peranan wanita sebagai pengurus dirumah memberikan mereka peranan yang paling penting untuk menyediakan keperluan
asas bagi kehidupan seharian. Golongan wanita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menentukan pembelian barangan keperluan keluarga.

Sebagai pengguna, kebanyakan wanita terdedah kepada beban tekanan seperti sumber pendapatan yang terhad dan sesetengah mereka adalah merupakan ibu tunggal. Wanita perlu membuat pertimbangan dalam beberapa faktor pada masa yang sama, di antara keperluan, kehendak, kemampuan dan nutrisi. Jika wanita berkenaan adalah wanita bekerjaya, faktor
masa turut perlu diambil kira.

Selain itu, wanita juga mempunyai tanggungjawab menjaga penampilan mereka. Tanggungjawab ini juga merupakan satu tekanan kerana kebiasaannya setiap wanita inginkan penampilan diri yang menarik dan sesuai dengan peredaran masa. Ini boleh menyebabkan mereka memberi tekanan yang berlebihan ke atas diri sendiri.

Dunia iklan seringkali memaparkan pengguna wanita yang cantik, langsing dan sempurna. Wajah dan tubuh wanita digunakan dalam kebanyakan iklan untuk memujuk pengguna membeli barangan kecantikan yang tertentu. Produk tersebut dikatakan dapat menonjolkan keterampilan diri dan membuatkan golongan wanita sanggup membelanjakan ratusan hingga ribuan ringgit untuk mendapatkan produk tersebut.

Wanita ditampilkan dalam pelbagai jenis iklan, dari iklan kereta hinggalah ke iklan percutian. Imej wanita yang ditampilkan adalah kurus, muda, cerah kulitnya dan sihat tubuh badan. Kesan dari paparan imej yang sedemikian menyebabkan ramai wanita merasakan mereka kurang sempurna dan ingin menggunakan produk yang diiklankan agar dapat mencapai imej yangdiimpikan.

( Fakta menunjukkan jumlah penggunaan tenaga di malaysia)





Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang senag mengurangkan penggunaan tenaga.


1.Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.

2.kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.

3.Tutup lampu pada waktu siang.

4.Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.

5.Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.

6.Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.

7.Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.

8.Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.

9.Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.

10.Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.

11.Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.

12.Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.

13.Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.

14.Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.

15.30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.

16.Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.

17.Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.

18.Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).

19.Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.

20.Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.

21.Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.

22.Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.

23.Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.

24.Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.

25.Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.

26.Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.

27.Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.

28.Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.

29.Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

30.Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

31.Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.

32.Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.

33.Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

34.Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

35.Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

36.Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.

37.Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.

38.Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).

39.Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (layari http://www.nccc.org.my atau panggil +603-78779000)

(SUMBER: http://www.kkk.org.my )

Harga-harga jualan murah belum tentu selalu menjadi harga yang terbaik. Ikutilah tip membeli belah semasa jualan murah. Baca iklan-iklan jualan murah. Sesetengah pusat membeli belah mungkin mengatakan “quantities limited”, “no rain checks” atau “not available at all stores”.

Sebelum anda pergi ke pusat beli belah tersebut, pastikan anda telefon terlebih dahulu untuk yakinkan barang yang anda inginkan ada dalam stok.
Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut? Fikirkan sebaik mungkin sebelum anda membuat keputusan

Bandingkan harga
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah

Cari maklumat
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.

Pertimbangkan tawaran yang diberikan
Misalnya “buy one get one free” atau “free gift with purchase”. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.

Sumber: Mingguan Wanita


Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.

Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

1.Reduce – Pengurangan
Hanya beli apa yang diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
2.Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
3.Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
4.Beli barangan yang kurang bungkusan:


Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
5.Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
6.Beli produk tidak bertoksik:
Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
7.Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.
Reuse – Guna Semula

1.Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
2.Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
3.Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
4.Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
5.Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
6.Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
7.Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.
Recycle – Kitar Semula

1 Kitar semula di rumah:
-Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
-Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca.

-Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
-Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
-Mengitar semula di laman anda:
Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
-Mengitar semula di sesebuah komuniti:
Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
-Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
-Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.


1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.


3. Lunaskan hutang kad kredit

Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.


6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.


9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.


Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:



Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya



Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.



Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.



Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.



Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.



Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.



Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.



Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Kesedaran untuk mengkritik

-Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.



Penglibatan dan tindakan

-Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.



Tanggungjawab sosial

-Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.



Bersatu padu

-Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.



Kini harga barangan semakin meningkat dan kenaikannya sungguh ketara. Sebagai pengguna ,kita perlu bijak berbelanja supaya dapat menguruskan kewangan dengan baik. Sekiranya tidak bijak berbelanja, individu tersebut mungkin mengalami masalah kewangan. Ada pelbagai cara untuk menjadi pengguna yang bijak.

Kita mestilah menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum pergi ke kedai atau pasar raya. Kita juga perlu mengikut senarai tersebut semasa memilih barangan yang hendak dibeli. Dengan adanya senarai itu, kita tidak akan membeli barangan dengan sesuka hati. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan diri kita daripada membeli barangan yang tidak diperlukan, malah dapat menjimatkan masa. Oleh itu, penyediaan senarai barangan yang hendak dibeli amat penting.

Selain itu, kita harus membuat anggaran jumlah wang perlu digunakan dan jangan membawa wang tunai yang terlalu banyak. Penggunaan kad kredit juga haruslah dielakkan. Membawa wang yang secukupnya semasa keluar berbelanja sudah tentunya membawa faedah. Jumlah wang yang terhad akan menghadkan diri kita daripada berbelanja secara boros. Oleh sebab itu, penggunaan kad kredit dan amalan membawa wang yang terlalu banyak hendaklah dielakkan.

Di samping itu, kita wajar membuat perbandingan harga sesuatu barangan sebelum membelinya. Kadang kala sesebuah kedai itu akan menjual sesuatu barangan dengan harga yang lebih mahal banding kedai lain. Penjual yang tidak jujur selalunya akan menaikkan harga barangan supaya dapat mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kita juga harus membandingkan kualiti barangan tersebut pasa masa yang sama. Janganlah membeli barangan yang rendah kualitinya semata-mata kerana harganya yang murah. Kita hendaklah bijak membuat perbandingan yang bukan sahaja dari segi harga, tetapi dari segi kualiti.

Elakkan membeli barangan yang berjenama kerana barangan tersebut tidak semestinya berkualiti tinggi. Yang pastinya, barangan tersebut mahal. Kebanyakan orang, wanita terutamanya, gemar membeli barangan yang berjenama dan yang diimport dari luar Negara. Antaranya adalah pakaian, kasut dan beg tangan. Mereka sanggup menggunakan jumlah wang yang begitu banyak semata-mata untuk membeli barangan yang berjenama untuk mengejar fesyen.


Terdapat pelbagai cara untuk menjadi pengguna yang bijak. Kita perlu bijak menguruskan kewangan supaya tidak akan menyesal pada masa hadapan. Hal ini dikatakan demikian kerana ada peribahasa yang mengatakan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Selamat datang ke blog pengguna lestari..blog ini masih dalam proses penambahbaikan..sebarang kesulitan amat dikesali. semoga anda pendapat maklumat yang berguna daripada blog ini..teruskan menyokong blog ini...terima kasih..

Copyright 2010 Pengguna Lestari
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger