CLICK PICTURE TO CLOSE IT

Pengguna merujuk kepada mereka yang membeli, mendapatkan dan menggunakan semua jenis barang dan pelbagai perkhidmatan termasuklah perumahan untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Dalam menuju ke arah penggunaan lestari, pengguna seharusnya menyedari hak-hak yang ada serta mengetahui akta-akta serta undang-undang yang akan membela pengguna yang teraniaya.

Di Malaysia, undang-undang perlindungan pengguna dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Antara undang-undang yang utama dan mampu membela nasib pengguna teraniaya ialah:

• Undang-undang kontrak
• Undang-undang kecuaian
• Undang-undang Jenayah
• Undang-undang Kawalan Kredit


Akta-akta Pengguna

Antara akta yang terdapat yang boleh digunapakai oleh pengguna adalah seperti berikut:

• Akta Sewa Beli (Pindaan), 1992
• Akta Perihal Dagangan, 1972
• Akta Hakcipta, 1987
• Akta Kewangan, 1965
• Akta Kawalan Harga, 1946 (Disemak 1973)
• Akta Timbang dan Sukat, 1972



(sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan - www.kpdnkk.gov.my )



Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia. Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang kepada peningkatan kedatangan pesakit ke klinik, bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian dari sesuatu penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi.

Kesan kesihatan akibat dari pendedahan kepada cuaca panas

Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas

Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana (mild) kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.

Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh:

•Pakaian yang berbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
•Kumpulan umur.
•Kecergasan individu.


Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk:

•Keletihan dan kelesuan akibat dari panas (heat fatigue).
•Pitam atau pengsan akibat dari panas (heat syncope).
•Kekejangan akibat dari panas (heat cramps).
•Keletihan dan kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion).
•Strok akibat dari panas (heat stroke).
Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan panas

Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai dan bergantung kepada keterukan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa termasuk:

•Sakit kepala.
•Keletihan.
•Tumpuan lemah.
•Pening.
•Lemah otot-otot badan atau kekejangan.
•Mual dan muntah.
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri) serta komplikas lain.

Keadan paling teruk yang boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas

•Strok panas boleh menyebabkan maut.
•Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati.
Kumpulan Berisiko
Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan panas?

Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk:

•Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.

•Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).

•Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

•Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung.

•Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari badan melalui proses penyejatan iaitu pengeringan peluh.

Pencegahan

Mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas

"Mencegah adalah baik daripada mengubati". Terutamanya untuk mereka yang di klasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan kemungkinan tersebut.

Di bawah adalah tip-tip pencegahan:

Perlu

•Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu sehingga anda dahaga
.
•Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

•Berada di dalam rumah dan bangunan

•Hadkan aktiviti luar

•Berehat dengan kerap

•Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan badan anda

•Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.

•Pakai topi atau payung yang besar semasa keluar rumah.


Jangan/ tidak perlu

•Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
•Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
•Bersenam dalam cuaca panas.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas?

Ingat tip-tip di bawah:

•Keluar dari kawasan yang panas.
•Tanggalkan pakaian yang ketat.
•Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
•Gunakan kipas untuk menyejukkan badan.
•Minum air setiap 15 minit.
•Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.


Info dari : http://www.myhealth.gov.my

AGENSI KERAJAAN
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)


Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.



Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)



Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.


Biro Pengaduan Awam (BPA)



Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan.



Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)



TTPR menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat.


Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)


Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan
yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air, sila kemukakan maklumat-maklumat yang diperlukan di laman ini


Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)


Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.


PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)


Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan . Ia turut bertindak sebagai pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.

AGENSI LAIN
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)


Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK.
BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful .


(SUMBER: http://www.smartconsumer.my/ )

Copyright 2010 Pengguna Lestari
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger