salam semua....
jom la join MyNewsHub nie....memang best giler...banyak faedah n maklumat yang bakal korang dapat..memang rugi kalau tak join....
kawan2 saya kat fb pown dah banyak join...lebih kurang 263 orang yang dah join....
so..apa tunggu lagi....jom join......k... ^_^
layari:
MyNewsHub bahasa melayu : http://mynewshub.my/bm/
MyNewsHub bahasa inggeris: http://mynewshub.my/
fb MyNewsHub : http://www.facebook.com/mynewshub
MyNewshub –SATU PERUBAHAN
BY: Is KelabuEkzos
Dalam mengharungi arus globalisasi yang semakin pesat, kita sebagai rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan berita-berita terkini yang tepat, padat , mutakhir hanya di internet. Kita tidak perlu membuang masa dan membazirkan minyak kereta semata-mata ingin ke kedai membeli surat khabar. Pelbagai laman web yang memaparkan berita terkini, namun laman web sangat hangat pada masa sekarang ini ialah MyNewshub.
MyNewshub memaparkan banyak berita-berita terkini tentang isu-isu semasa, artis , sukan dan sebagainya sama ada dalam atau luar Negara. Melalui MyNewshub, kita dapat memperoleh banyak pengetahuan dan info terkini. MyNewshub juga mempunyai laman facebook yang mempunyai lebih 50 000 peminat.
Bukan itu sahaja, MyNewshub juga banyak mengadakan pelbagai pertandingan untuk menghargai pembaca-pembaca setianya. Antaranya ialah, peraduan Treasure Hunt, Share And Win, Komen Dan menang dan banyak lagi pertandingan lain…pelbagai hadiah yang menarik dan lumayan yang disediakan untuk para pemenang.
Melalui Mynewshub juga, kita dapat memperoleh rakan baru. Secara tidak langsung, kita dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain di samping memperoleh banyak maklumat.
Sungguh menarikkan? Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa banyak manfaat yang dapat kita peroleh melalui MyNewshub. Kini Mynewshub dikenali di seluruh Malaysia. Semoga MyNewshub terus kekal di hati rakyat Malaysia dan terus memaparkan berita-berita terkini di samping mengadakan pelbagai program untuk pembaca-pembaca… ^_^
Nak kenal lebih dengan lebih dekat?layari:
Laman web rasmi MyNewshub (bm): http://www.mynewshub.my/bm
laman web rasmi MyNewshub (english): http://www.mynewshub.my/
Laman facebook Mynewshub: http://www.facebook.com/MyNewsHub
Membeli –belah melalui online elak bersesak di kaunter
Perkembangan teknologi hari ini memang menakjubkan. Jika tidak mahu ketinggalan kita juga perlu pantas mengejarnya dan mempelajari bagaimana memanfaatkan teknologi terkini. Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, keadah membeli secara online kini semakin mendapat tempat. Malah, ia menjadi satu cara mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu panjang di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah.
Hanya menggunakan internet, segala- galanya menjadi mudah di hujung jari anda. Di Negara maju, pembelian melalui internet sudah lama diamalkan. Di Negara kita, walaupun ia masih belum begitu rancak tetapi menunjukkan tanda-tanda positif dan pasti akan berkembang apabila masyarakat, khususnya golongan wanita yang mempunyai kuasa beli yang tinggi semakin mengenali kaedah pembelian secara maya ini.
Online shopping adalah satu cara untuk membeli dengan mudah dan pantas. Anda berpeluang mendapat barangan edisi terhad atau yang tidak dijual di Negara ini, jika bernasib baik mungkin dapat membeli sesuatu yang diminati pada harga lebih murah berbanding.
Selain itu, anda juga boleh meneliti barangan yang dipamerkan dalam internet, membuat perbandingan harga sebelum menghubungi pihak yang menjual barang itu atau membuat tempahan terus melalui online.
Jika anda belum berpengalaman dan ingin mengetahui bagaimana pembelian secara maya dilakukan, bacalah artikel ini sehingga habis. Mungkin ia dapat membantu, mana tahu satu hari nanti anda menjadi salah seorang ‘pelanggan online’.
Kelebihan membeli di internet pengguna berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa tidak kira siang, malam atau tengah malam. Anda tidak perlu terkejar-kejar, berpusing- pusing mencari tempat letak kereta, mengelilingi kompleks membeli- belah untuk mencari barang keperluan dan beratur panjang di kaunter pembayaran.
Melalui internet juga anda dapat mencari barangan yang berkualiti pada harga berpatutan lebih murah. Anda juga boleh membeli model barangan berjenama yang tidak dijual di Negara kita. Ada juga laman web yang menyiarkan perakuan dan komen pembeli yang pernah menggunakan barangan itu. Anda boleh mempertimbangkan komen mereka sebelum membuat pembelian agar wang yang dikeluarkan berbaloi.
KEKURANGAN MEMBELI SECARA ONLINE
Anda mungkin terpaksa menunggu lama untuk memiliki barangan yang dibeli. Produk dari luar negara biasanya mengambil masa untuk tiba ke tangan anda. Tidak mustahil juga anda tertipu. Dalam dunia yang serba mencabar ini, ada sgelintir pihak yang mengambil kesempatan melalui internet dengan menjual barangan yang tidak berkualiti, barangan yang tidak berkualiti, barangan langsung.
Jadi anda perlu berhati-hati agar tidak terpedaya. Sebaiknya dapatkan maklumat mengenai syarikat berkenan. Sekiranya syarikat tempatan ia lebih mudah untuk membuat rujukan. Jika ada masalah anda boleh pergi terus ke tempat itu tetapi jika di luar negara mungkin sukar.
Lazimnya pembeli gemar meneliti, membelek dan mencuba sesuatu sebelum membeli, terutama pakaian bagi memastikan ia benar-benar sesuai dan selesa dan selasa digunakan. Sayangnya, membeli melalui internet tidak memberikan anda peluang ini.anda tidak dapat menyentuh sekadar membaca komen pembeli lain.
Kemungkinan barangan yang tiba itu rosak dan anda perlu menukarnya. Sudah pasti mengambil masa. Sebagai pembeli, pandai-pandailah, anda yang akan menanggung risikonya.
TIPS MEMBELI SECARA ONLINE:
1. Kunjungi laman membeli belah di internet
2. Cari dan pilih barangan.
3. Pilih cara pembayaran dan masukkan data yang diminta.
4. Jawapan sama ada pembelian anda berjaya atau tidak akan dimaklumkan di laman yang sama
5. Jika berjaya, jangan lupa mencetak dan menyimpan setiap Dokumen yang berkaitan dengan pembelian anda. Ini juga boleh menjadi rujukan jika berlaku masalah ketika proses penghantaran. Anda juga memerlukan document ini jika ada kerosakan sebaik barangan tiba ke tangan anda.pembayaran melalui internet.
6. Kad kredit paling mudah dan selamat. Bagaimanapun, jangan dedahkan nombor keselamatan sosial untuk mengelakkan identiti anda dicuri.
- Kad debit
- Cek
- Kiriman wang
- Paypal iaitu perniagaan e-commerce yang membolehkan pembayaran dan penukaran wang melalui internet yang ditawarkan oleh ebay.
( sumber: http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/tips-barangan.html )
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000994963054
"JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK"
Gula merupakan bahan asas pemanis makanan yang kebanyakannya dihasilkan daripada sumber tanaman seperti tebu dan bit. Di Malaysia, penanaman ladang tebu adalah terhad dan sebahagian besar bekalan gula mentah diimport daripada negara-negara seperti Brazil dan Australia yang mana harganya ditentukan oleh keadaan pasaran. Gula merupakan barang kawalan yang dikawalselia harga dan bekalannya melalui Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Kawalan dikuatkuasakan ke atas gula pasir putih bertapis kasar dan halus dan dilaksanakan supaya bekalan gula mencukupi pada paras harga yang berpatutan. Bekalan gula di Malaysia mencukupi kerana Kerajaan telah mengambil langkah bagi memastikan 70% gula mentah dijamin bekalannya pada harga yang dipersetujui melalui LTC dan hanya 30% gula mentah perlu dibeli dari pasaran bebas. Bagi tahun 2009 jangkaan penggunaan gula negara adalah 1.2 juta tan metrik. Ini bermaksud kenaikan harga gula dunia tidak mengganggu bekalan gula domestik kerana 70% bekalan telah terjamin. FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH KEKURANGAN GULA ~terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membeli gula dalam kuantiti yang besar melebihi keperluan untuk mengaut keuntungan akibat spekulasi kenaikan harga gula. ~industri makanan dan minuman membeli dan menyimpan gula yang lebih dari kebiasaan untuk memastikan pengeluaran tidak tergendala. ~permintaan meningkat berbanding bulan-bulan sebelumnya berikutan persediaanmenghadapi musim perayaan. ~penyeludupan gula bersubsidi Malaysia pada harga RM 1.45/kg yang murah berbanding negara harga gula di negara-negara jiran. LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN UNTUK MENANGANI MASALAH KEKURANGAN GULA 2) meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasa seperti Kastam DiRaja Malaysia (KDRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP). Kawalan di sempadan negara juga diperketatkan bagi melarang eksport gula keluar dari Malaysia. Notis larangan telah dikeluarkan di setiap sempadan; 3) Penjualan gula dalam bentuk loose di mana pengguna akan menceduk sendiri amaun gula yang dikehendaki. 4) menarik balik lesen borong gula dengan serta merta bagi pemborong yang menyorok gula; 5) pembekuan pengeluaran lesen borong gula dan pembekuan penambahan kuantiti simpanan gula kepada syarikat-syarikat pemborong berkuatkuasa serta-merta. Koperasi yang terlibat dalam pengedaran barangan adalah dikecualikan; 6) menguatkuasakan lesen runcit gula bagi peniaga yang beroperasi dalam lingkungan 10km dari sempadan Malaysia berkuatkuasa 1 September 2009. Ini dapat membantu pihak penguatkuasa dalam mengawal peruncit yang menyimpan gula secara berlebihan. 7) Pejabat PDNKK di negeri dan cawangan diminta memantau perjalanan lori / kapal yang membawa bekalan gula untuk memastikan bekalan yang dihantar sampai ke destinasi. 8) syarikat yang menggunakan gula bagi menghasilkan produk untuk eksportadalah DILARANG membeli gula daripada pemborong atau mana-mana pihakselain daripada kilang gula yang dilesenkan. Gula yang digunakan untuk menghasilkan produk eksport hendaklah dibeli mengikut harga gula pasaran semasa dunia. -Mengelak daripada membeli gula melebihi keperluan sebenar. -Tindakan pembelian gula secara berlebihan ini mengganggu bekalan gula yang mencukupi dalam keadaan normal. BAGAIMANAKAH PENGGUNA BOLEH MEMBANTU KERAJAAN? Pengguna boleh menyampaikan maklumat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan penyeludupan gula, kekurangan bekalan gula, membuat aduan atau memberi pandangan berkenaan isu kekurangan bekalan gula melalui:
Perintah Kawalan Harga (Barang-Barang Harga Terkawal) 2006 yang
mula berkuatkuasa pada 13 September 2006 adalah seperti berikut:-Gula Putih Bertapis Semenanjung Sabah (1 kg) Gula Kasar 1.45 1.55 Gula Halus 1.55 1.65
TEMPAT TARIKH EKSPO 1. PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR 16-20 JUN (RABU – AHAD) 2. KUANTAN PARADE, PAHANG 22 – 25 JULAI (KHAMIS – AHAD) 3. MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC) 5 – 8 OGOS / 8 – 11 OKTOBER (KHAMIS – AHAD) 4. PENANG INTERNATIONAL SPORTS AREA (PISA) 11 – 14 NOVEMBER (KHAMIS – AHAD) 5. PERSADA JOHOR, JOHOR BAHRU 25-26 APRIL
6. SURIA SABAH 25 – 28 NOVEMBER (KHAMIS – AHAD) 7. BINTANG MALL, MIRI, SARAWAK 9 – 12 DISEMBER (KHAMIS – AHAD)
* Semua tarikh dan lokasi tertakluk kepada pindaan Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Perniagaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
KALENDAR TENTATIF EKSPO PERDAGANGAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA 2010*
BIL
(SABTU – AHAD)