CLICK PICTURE TO CLOSE IT


SITUASI GULA DI MALYSIA

Gula merupakan bahan asas pemanis makanan yang kebanyakannya dihasilkan daripada sumber tanaman seperti tebu dan bit. Di Malaysia, penanaman ladang tebu adalah terhad dan sebahagian besar bekalan gula mentah diimport daripada negara-negara seperti Brazil dan Australia yang mana harganya ditentukan oleh keadaan pasaran. Gula merupakan barang kawalan yang dikawalselia harga dan bekalannya melalui Akta Kawalan Harga 1946 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Kawalan dikuatkuasakan ke atas gula pasir putih bertapis kasar dan halus dan dilaksanakan supaya bekalan gula mencukupi pada paras harga yang berpatutan.




Perintah Kawalan Harga (Barang-Barang Harga Terkawal) 2006 yang
mula berkuatkuasa pada 13 September 2006 adalah seperti berikut:-

Gula Putih Bertapis
SemenanjungSabah Sarawak
(1 kg)
Gula Kasar1.451.55
Gula Halus1.55
1.65



Bekalan gula di Malaysia mencukupi kerana Kerajaan telah mengambil langkah bagi memastikan 70% gula mentah dijamin bekalannya pada harga yang dipersetujui melalui LTC dan hanya 30% gula mentah perlu dibeli dari pasaran bebas. Bagi tahun 2009 jangkaan penggunaan gula negara adalah 1.2 juta tan metrik. Ini bermaksud kenaikan harga gula dunia tidak mengganggu bekalan gula domestik kerana 70% bekalan telah terjamin.



FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH KEKURANGAN GULA


~terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan membeli gula dalam kuantiti yang besar melebihi keperluan untuk mengaut keuntungan akibat spekulasi kenaikan harga gula.


~industri makanan dan minuman membeli dan menyimpan gula yang lebih dari kebiasaan untuk memastikan pengeluaran tidak tergendala.


~permintaan meningkat berbanding bulan-bulan sebelumnya berikutan persediaanmenghadapi musim perayaan.


~penyeludupan gula bersubsidi Malaysia pada harga RM 1.45/kg yang murah berbanding negara harga gula di negara-negara jiran.



LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH KERAJAAN UNTUK MENANGANI MASALAH KEKURANGAN GULA


1) Kerajaan menambah sebanyak 20% kuota pengeluaran gula bagi menampung keperluan tambahan musim perayaan. Kerajaan akan memantau rapi proses pengedaran bekalan gula untuk memastikan bekalan gula tambahan sampai ke pasaran;

2) meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasa seperti Kastam DiRaja Malaysia (KDRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP). Kawalan di sempadan negara juga diperketatkan bagi melarang eksport gula keluar dari Malaysia. Notis larangan telah dikeluarkan di setiap sempadan;

3) Penjualan gula dalam bentuk loose di mana pengguna akan menceduk sendiri amaun gula yang dikehendaki.

4) menarik balik lesen borong gula dengan serta merta bagi pemborong yang menyorok gula;

5) pembekuan pengeluaran lesen borong gula dan pembekuan penambahan kuantiti simpanan gula kepada syarikat-syarikat pemborong berkuatkuasa serta-merta. Koperasi yang terlibat dalam pengedaran barangan adalah dikecualikan;

6) menguatkuasakan lesen runcit gula bagi peniaga yang beroperasi dalam lingkungan 10km dari sempadan Malaysia berkuatkuasa 1 September 2009. Ini dapat membantu pihak penguatkuasa dalam mengawal peruncit yang menyimpan gula secara berlebihan.

7) Pejabat PDNKK di negeri dan cawangan diminta memantau perjalanan lori / kapal yang membawa bekalan gula untuk memastikan bekalan yang dihantar sampai ke destinasi.

8) syarikat yang menggunakan gula bagi menghasilkan produk untuk eksportadalah DILARANG membeli gula daripada pemborong atau mana-mana pihakselain daripada kilang gula yang dilesenkan. Gula yang digunakan untuk menghasilkan produk eksport hendaklah dibeli mengikut harga gula pasaran semasa dunia.


PERANAN PENGGUNA DALAM MENGHADAPI MASALAH BEKALAN GULA

-Mengelak daripada membeli gula melebihi keperluan sebenar.

-Jadilah pengguna yang berhemat dan bertimbang rasa.

-Tindakan pembelian gula secara berlebihan ini mengganggu bekalan gula yang mencukupi dalam keadaan normal.

BAGAIMANAKAH PENGGUNA BOLEH MEMBANTU KERAJAAN?

Pengguna boleh menyampaikan maklumat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan penyeludupan gula, kekurangan bekalan gula, membuat aduan atau memberi pandangan berkenaan isu kekurangan bekalan gula melalui:


  • Talian aduan pengguna (bebas tol) 1-800-886-800
  • SMS Aduan 32255
  • Layari portal rasmi KPDNKK untuk membuat aduan melalui http://e-aduan.kpdnkk.gov.my


  • (SUMBER: KPDNKK- http://www.kpdnkk.gov.my/ )

    0 comments:

    Post a Comment

    Copyright 2010 Pengguna Lestari
    Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger