CLICK PICTURE TO CLOSE IT


PENGENALAN
Kempen Beli Barangan Malaysia merupakan susulan daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Penjenamaan semula kempen ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia dengan harga yang berpatutan dan membantu pengusaha tempatan dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan. Ia juga bagi mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Untuk tujuan Kempen ini, barangan Malaysia diklasifikasikan sebagai "semua barang yang dibuat, dipasang dan dikeluarkan di Malaysia serta perkhidmatan yang ditawarkan di dalam negara ini". Konsep ini digunapakai kerana:

1.Ekonomi sesebuah negara akan dapat terus dijana dan distabilkan walaupun dalam kegawatan jika terdapat aliran wang dan perbelanjaan domestik dalamsesebuah negara;


2.Mewujudkan pertambahan permintaan domestik;

3.Memberi peluang kepada pengusaha industri kecil dan sederhana tempatan meningkatkan pengeluaran dan pendapatan; dan


4.Memastikan krisis ekonomi global tidak memberi kesan negatif yang mendalam kepada para peniaga dan pengguna.


OBJEKTIF

1.Mewujudkan dan meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia;


2.Menyedarkan para pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia yang tidak kurang kualiti berbanding barangan luar negara.


RASIONAL

1.Kualiti barangan Malaysia adalah setanding dengan barangan luar negara;

2.Dengan membeli barangan buatan Malaysia, pengguna bertindak bijak kerana:
◦Membeli barangan berkualiti dengan harga murah dan ini secara langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan.
◦Membantu merangsang kegiatan ekonomi domestik.


TAG LINE

1.Versi Bahasa Melayu : "Beli Barangan Malaysia, Pilihan Bijak"


2.Versi Bahasa Inggeris : "Buy Malaysia, Smart Choice"


Dalam usaha pihak Kementerian untuk membantu meningkatkan perdagangan dalam negeri, di bawah ini disediakan pautan ke laman web berikut:

2 comments:

Anonymous said...

buy malaysia,eh..?

dun hv en0ugh money lorh :p

gimme some,can eh..?

mortagage said...

Jika anda memerlukan nasihat kewangan atau memerlukan Pinjaman Perniagaan, Pinjaman gadai janji Kedua, Rumah Pembelian Pinjaman, Penyatuan Hutang, Home Ekuiti, Pinjaman Peribadi, Geran Gambler ini, gadai janji, anda boleh melawat kami hari ini dan memohon pinjaman dalam talian melalui e-mel:
mortagagefinancial@gmail.com

Post a Comment

Copyright 2010 Pengguna Lestari
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger